Banyak faedah yang kita dengar ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.
collagen ikan kod laut dalam.
Khasiat:-
Menganjalkan kulit
Kulit semakin gebu
Menjaga keseimbangan kulit
Mengurangkan dan menghilangkan kesan kedutan kulit
Menghilangkkan jeragat dan bintik hitam
Mengurangkan kesan parut
Menjaga kesihatan sendi dan tulang
Menguatkan rambut dan kuku
Kepentingan Kolagen
Sebab mengapa produk kolagen begitu popular adalah kerana peningkatan kolagen boleh membuat fungsi badan menjadi lebih berkesan. Kolagen membantu memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kajian saintifik membuktikan bahawa kolagen larut air dan memberi sumbangan yang besar untuk mengekalkan kesihatan tulang, sendi, mencegah osteoporosis dan osteoarthritis serta meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang pengeluaran kolagen oleh sel-sel kulit sekaligus menjadikan kulit kelihatan muda semula, bertenaga di samping meneutralkan kulit yang mengalami penuaan berterusan {densifying semula dermis}.Pengeluaran kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit, rambut, tulang dan sendi. Kolagen juga dapat membantu merawat kanser kulit dan kanser prostat, menggalakkan pengukuhan dan pertumbuhan rambut dan kuku.
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
- kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Memulihkan masalah kulit
- apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut dan kuku
- nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
Menegangkan payudara
- kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
Menguatkan tulang
- penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi
- kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Melambatkan proses penuaan kulit
- seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan